Assalamualaikum wb.
Selamat datang ke laman Surau Al Malikus Solleh. Surau AMS terletak di Kampung Melayu Subang Tambahan, Shah Alam Selangor. Surau ini mula dibina pada awal tahun 90an secara gotong royong oleh penduduk-penduduk (peneroka) kampung. Oleh kerana status KMST pada masa tersebut adalah setinggan, sukar bagi penduduk / ahli jawatankuasa surau untuk mendapatkan peruntukan dari mana-mana pihak, justeru, surau ini didirikan juga hasil sumbangan penduduk kampung. hasilnya terdirilah sebuah surau yang serba sederhana.
Hari ini Surau Al Malikus Soleh terus berkembang. KMST bukan lagi setinggan seperti dahulu. Kerajaan telah memberi hakmilik tanah kepada 358 buah keluarga pada tahun 2004. Surau Al Malikus Soleh juga telah dikekalkan di atas tapak sediada yang digazetkan sebagai tapak surau berserta dengan Surau Al Falahiah yang juga terletak di Kampung Melayu Subang Tambahan.
Surau Al Malikus Soleh sentiasa makmur dengan berbagai aktiviti keagamaan dan tempat menjalin silatur rahim di kalangan penduduk KMST. Sehingga kini,(Jun 2010) seramai 320 orang telah mendaftar secara rasmi sebagai anak kariah Surau Al Malikus Solleh.